Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkritik tindakan polis terhadap peserta perhimpunan di Dataran Merdeka Ahad lalu.<br /><br />Mohamed Azmin yang memuat naik satu kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya berkata, hak mengadakan perhimpunan secara aman termaktub dalam perlembagaan persekutuan.