Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin masih menunggu keputusan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat untuk menentukan kedudukannya di dalam parti itu.<br />Ia susulan surat tunjuk sebab yang diterima beliau atas dakwaan melakukan sabotaj dan terlibat dalam kekecohan yang berlaku semasa Kongres AMK di Melaka Disember lalu.