Pelantikan golongan profesional dalam memegang sesuatu portfolio Kabinet dilihat amat penting dalam mewujudkan sebuah jemaah menteri yang jitu.<br /><br />Itu kata Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.<br /><br />Namun beliau mempersoal sejauh mana kesediaan parti politik melepaskan kerusi Kabinet bagi memberi laluan kepada golongan profesional.
