Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM Kelantan 2019 pula mencatatkan pencapaian Gred Purata Negeri, GPN 4.84 mata hampir menyamai pencapaian Gred Purata Nasional iaitu 4.90.<br />Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Abu Hanipah Fauzi Zahari berkata, sebanyak 44 sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi Gred Purata Negeri (GPN) dan 85 sekolah pula mencatatkan peningkatan GPS sebanyak 1.80.