Kementerian Kesihatan mengambil langkah untuk tidak membenarkan kemasukan kapal pelayaran di kawasan pelabuhan Malaysia berkuatkuasa serta merta dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.<br /><br />Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di akaun Facebooknya berkata, tindakan itu diputuskan setelah mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi kerajaan.