Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tawarkan lebih 900 ribu tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang bakal disambut Mei ini.<br />Ketua Strategik Komunikasinya, Ahmad ‘Asri Khalbi memberitahu penjualan tiket melibatkan perkhidmatan KTM antarabandar dan kereta api elektrik atau ETS bagi perjalanan antara 1 April hingga 31 Mei ini, telah mula dijual Khamis lalu.