Ibu remaja lelaki yang dilaporkan bunuh diri di Kulai Johor, minggu lalu, berkata anaknya menerima pelbagai tekanan selain dibuli.<br />Menurut Ling Lay Yuen, ada pihak yang mengugut anaknya Conan Jun Zee, untuk mencederakan ibu bapanya selain menggesanya untuk melibatkan diri dengan kongsi gelap.
