Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau menjadi dalang menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.<br /><br />Adun Melayu tunggal dari DAP di Perak itu turut mengesahkan bahawa pimpinan DAP peringkat negeri dan pusat tidak pernah menyatakan kepadanya sebarang hasrat parti itu untuk merampas kerusi Menteri Besar.
