Kesemua barisan Exco Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah Jumaat ini.<br />Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, berkata, senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dilantik sebagai exco, sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohamad Khalil Yaakob untuk dipersetujui.
