Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan rasa syukur selepas beliau sekali lagi dilantik memegang jawatan itu dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN). <br />Jelasnya, proses peralihan berlaku dengan lancar selain pemimpin komponen PN menunjukkan sifat berlapang dada ekoran keputusan dibuat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
