Seorang pengurus syarikat binaan cedera parah selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di hadapan kedai makan di Paradom, Sibu petang Ahad.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit maklumat awal mangsa menjalankan aktiviti memancing di hadapan kedai tersebut, sebelum diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental.
