Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa jualan pendek atau "Short Selling" digantung buat sementara sehingga 30 April, 2020.<br />Penggantungan itu sebahagian daripada langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul daripada ketidaktentuan yang sengit dan ketidakpastian pasaran global.