Malaysia boleh meningkatkan jumlah ujian COVID-19 dalam sehari dengan melibatkan makmal berteknologi tinggi yang dimiliki pihak universiti dan swasta.<br />Menurut Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia Pasifik KL Prof Datuk Dr Awang Bulgiba, langkah itu adalah selari dengan Korea Selatan yang berjaya menjalankan berbelas ribu ujian dalam tempoh sehari.