Aktiviti pembekalan makanan dan e-Dagang dibenarkan untuk terus beroperasi mengikut garis panduan ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.<br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran serta e-Dagang bagi pembekalan bahan makanan dan barang keperluan turut diberi kelonggaran sama.
