Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan dan keselamatan kakitangan serta pelajarnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.<br /><br />Menyedari kekangan dihadapi pelajar di kampus dan kakitangan bertugas, satu task force COVID-19 telah ditubuhkan diketuai Naib Canselor Unisza, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.<br /><br />Untuk perinciannya kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang berada di Universiti Sultan Zainal Abidin.