Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebak apabila mengenangkan nasib rakyat di kawasannya yang terpaksa berdepan dengan dugaan mencabar apabila 61 penduduk di dua kawasan disahkan positif COVID-19. <br /><br />Dalam temubual di Astro Awani melalui 'Skype' pada Jumaat, Dr Maszlee menyatakan, ia satu ujian yang gertir dan berat untuk mereka hadapinya bersama.
