Seorang lelaki sanggup terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan polis ketika sedang melepak bersama 13 lagi individu di sebuah pondok berdekatan jeti pendaratan ikan di Jelutong, Pulau Pinang.<br />Dalam OP COVID-19 yang dilakukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut petang Sabtu, lelaki terbabit dikatakan sedang melepak bersama rakan-rakannya semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).