Semua Institut Pengajian Tinggi IPT diminta untuk memberi kelonggaran kepada mana-mana pelajar yang tidak boleh meneruskan kelas secara dalam talian untuk menangguh sementara pengajian bagi semester ini.<br />Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata, ini kerana, terdapat mahasiswa yang mungkin berdepan kesukaran meneruskan kelas secara maya berikutan tidak mempunyai akses komputer atau internet di rumah.