Suka atau tidak, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa membuat pilihan sama ada mengambil cuti tanpa gaji atau terus tinggal di republik itu sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.<br /><br />Pilihan itu bagaimanapun bukan mudah kerana membabitkan kelangsungan ekonomi, malah keputusan untuk bekerja bermakna mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk tempoh lama, lebih-lebih lagi selepas Malaysia melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April ini.
