Media memerlukan pakar sains dalam mendapatkan kesahihan, manakala pakar sains memerlukan media untuk menyampaikan maklumat. <br /><br />Kesaling hubungan antara dua badan ini sangat penting dalam situasi krisis COVID-19 ini dimana lambakan berita palsu tular sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian. <br /><br />Maka, satu platfrom maya dilancarkan iaitu Pusat Sains Media SMC Malaysia yang menyalurkan maklumat berdasarkan bukti sains bagi menyokong liputan media berkenaan isu sains yang kompleks.