Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan berita mendakwa mereka yang dikuarantin dibawa menggunakan trak penjara. Katanya, trak hanya digunakan untuk membawa barangan penumpang itu sahaja.<br /><br />Sehingga 3 April, sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung penyebaran palsu. Daripada jumlah itu, 20 kes telah dibuka dan didakwa di mahkamah.