Kerajaan disarankan memberi kelonggaran dan membenarkan aktiviti jualan kepada semua pasaraya terpilih sempena sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.<br /><br />Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ini bagi memberi peluang kepada masyarakat membuat persediaan dan mendapatkan barangan tertentu selain barang keperluan harian.
