Pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN mulai 6 April.<br /><br />LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web rasminya atau pautan pantas.