Semua 12,000 etnik Rohingya yang berada di Kedah dan Perlis diingatkan supaya berada di dalam rumah dan tidak keluar sesuka hati dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa kedua.<br /><br />Amaran itu diberikan Presiden Persatuan Rohingya Kedah/Perlis, Yussof Ali, selepas empat lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Alor Setar.<br /><br />Mereka ditangkap bersabung ayam di Sahab Perdana pada petang Rabu lalu.
