Sekumpulan pakar robotik dari makmal robotik, fakulti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan lima buah robot untuk membantu barisan hadapan melakukan proses nyahkuman COVID-19.<br /><br />Sudah pasti, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang dijangka meningkat, robot itu amat diperlukan untuk kegunaan pelbagai unit bagi mengelak jangkitan kepada petugas barisan hadapan.<br /><br />Sudah bersedia di talian, Ketua Projek Berkenaan, Prof. Madya. Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hasan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Fakulti Kejuruteraan UPM untuk menceritakan lebih lanjut teknologi ini.
