Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, bantuan fasa pertama bermula sejak 2 hingga 10 April telah diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah 853 perkampungan Orang Asli seluruh negara bernilai RM5 juta.<br /><br />Bantuan fasa kedua pula akan bermula 10 April 2020 (Jumaat) melibatkan pertambahan penerima 55,000 ketua isi rumah yang bernilai RM6 juta.