Sebanyak 24 individu disaman Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor kerana keluar tanpa alasan munasabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).<br /><br />Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, saman itu dikeluarkan dalam operasi yang bermula dari pukul 4 petang hingga pukul 12 tengah malam, Rabu.