Pagi ini dapat laporan, petang sudah dapat bantuan. Itu peranan yang dijalankan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung di Parlimen Kuala Terengganu bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan ketika pelaksanaan PKP. <br /><br />Kadar respon yang cepat itu akan melalui proses penyiasatan terlebih dahulu, sebelum bantuan asas diberikan. Ikuti penjelasan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed ini!