Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.<br />Keutamaan ketika ini bukan hanya menghantar pulang mereka tetapi pulang dalam keadaan selamat dan sihat.<br />Bersama Khairul Amirin Khairudin, Timbalan Naib Yang Dipertua Kebajikan dan Infrastruktur, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia, UPM untuk berkongsi khabar terbaru warga universiti itu di kampus.