Warga Malaysia yang bekerja di Singapura perlu melalui proses saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke Johor.<br /><br />Menurut salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di seberang tambak, mereka perlu mendapat kelulusan majikan dan disahkan sihat untuk kembali ke tanah air.<br /><br />Kata Nur Hamidah Jamal, yang kini menjalani kuarantin di rumah, mereka perlu menanggung sendiri kos untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan pulang.
