Hasrat sekumpulan rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air selepas selesai menjalankan misi kemanusiaan di Chad, Afrika Tengah tertangguh susulan penutupan lapangan terbang di negara itu akibat pandemik COVID-19.<br /><br />Mereka yang terkandas merupakan empat lelaki dan seorang wanita sukarelawan dari Yayasan Amal Malaysia tiba di N'djamena pada 11 Mac lalu dan dijadualkan pulang pada 19 Mac.