Malaysia mencadangkan ASEAN supaya merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kewangan, bahkan jaringan keselamatan sosial, jaminan makanan dan pendidikan kepada penduduk serantau.<br /><br />Cadangan itu diusulkan Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN Mengenai COVID-19 yang julung kali diadakan secara dalam talian hari ini.
