Kerajaan negeri Sarawak menyalurkan peruntukan RM16.4 juta bagi memastikan tiada isi rumah terputus bekalan makanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). <br /><br />Jelas Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, saluran dibuat melalui penubuhan jawatankuasa rantaian bekalan makanan bagi menampung keperluan sebelum bantuan dari peringkat pusat diterima.
