Sepasang suami isteri orang kurang upaya, OKU yang bekerja sebagai pembantu gerai makanan hilang punca pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.<br /><br />Lebih menyulitkan, Fadzil Ahmad yang mempunyai sakit kemurungan sejak 3 tahun lepas terpaksa redha selepas isterinya pula kehilangan kaki kiri hingga paras lutut kerana kencing manis.<br /><br />Pasangan suami isteri yang memegang kad OKU ini bagaimanapun tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan mereka.