Kebanyakan jalan di New Delhi, India hampir lengang, sehari selepas kerajaannya umum melanjutkan tempoh perintah berkurung sehingga 3 Mei ini bagi mengekang penularan COVID-19.<br /><br />Pemeriksaan dan sekatan jalan raya turut dipergiatkan oleh pihak berkuasa dalam memastikan orang ramai terus kekal berada di rumah masing-masing.