Terdahulu kumpulan 20 ekonomi utama dunia bersetuju untuk menggantung pembayaran hutang negara berpendapatan rendah bermula 1 Mei ini.<br /><br />Kumpulan G20 terdiri daripada negara termasuk Amerika Syarikat, China, India, German dan Perancis mencapai persetujuan berkenaan sebulat suara.<br /><br />Ia tidak menyatakan berapa banyak negara akan mendapat manfaat daripada keputusan ini, namun Perancis bayangkan 76 negara layak untuk pembayaran hutang mereka digantung sehingga akhir tahun ini.