Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 813 sekatan jalan raya di seluruh negara, dengan membabitkan pemeriksaan ke atas 558,548 kenderaan setakat Rabu.<br /><br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan tersebut menunjukkan bahawa masih terdapat banyak kenderaan yang meneruskan perjalanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
