Bermula semalam, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mengumumkan status mingguan permohonanan program subsidi upah melalui rakaman video.<br />Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, untuk mempercepatkan proses kelulusan, PERKESO berharap majikan dapat memberi kerjasama dengan mengemukakan borang permohonan berserta maklumat lengkap.