China menyemak semula angka kematian akibat wabak COVID-19 di negara itu, yang menyaksikan peningkatan sebanyak hampir 40 peratus daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini.<br /><br />Sejumlah 1,290 kematian di Wuhan, lokasi di mana koronavirus itu mula dikesan, ditambah menjadikan jumlah semasa di seluruh China 4,632.<br /><br />Laporan itu dikeluarkan agensi berita rasmi China, memetik kenyataan pihak berkuasa Wuhan.
