Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, sebanyak 10 pusat penghantaran e-Bazar disediakan untuk 10 hingga 12 penjaja serta tiga hingga empat penjaja ditempatkan di 67 kedai makanan dan minuman pada Ramadan nanti.<br /><br />Kerajaan Negeri Selangor turut bekerjasama dengan Grab dan Platform Selangor iaitu lima syarikat penghantaran akan terlibat dalam proses penghantaran pada bulan puasa itu.
