Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjangka beberapa negeri di Amerika akan kurangkan larangan keluar rumah dalam beberapa minggu akan datang.<br />Namun Trump menegaskan langkah keselamatan dan kesihatan akan diambil terlebih dahulu untuk memastikan tiada lagi peningkatan dalam penularan COVID-19 di Amerika.<br />Dalam masa yang sama Trump turut umumkan pelan bantuan 19 billion dollar untuk membantu peladang yang terkesan akibat penularan COVID-19.