Harga minyak jatuh ke paras negatif pada Isnin akibat pandemik COVID-19 melanda dunia menyebabkan orang ramai duduk di rumah sekaligus memusnahkan permintaan untuk bahan bakar pengangkutan.<br /><br />Harga minyak penanda aras Amerika yang akan dihantar pada bulan mei jatuh di bawah sifar terendah dalam sejarah kerana kapasiti penyimpanan mencapai hadnya.<br /><br />Menurut Penganalisis Industri Minyak dengan IHS Markit, Jim Burkhard, disebabkan orang tidak keluar dan terbang ke mana-mana, bekalan minyak tambahan tidak digunakan.