Murid seluruh negara kini berdepan dengan cabaran, bagaimana untuk menyesuaikan diri, mengadaptasi kepada normal baharu, iaitu kepada pembelajaran dalam talian.

Apabila hampir 40 peratus murid tidak mempunyai peranti elektronik, ini menimbulkan persoalan mengenai persediaan murid dan guru dalam menghadapi perubahan digital ini, terutamanya bagi mereka di luar bandar.

Di Sekolah Kebangsaan Lingkabau, Beluran, Sabah contohnya, perubahan ini amat mencabar apabila akses kepada peranti elektronik, telefon, malah capaian internet pun menjadi cabaran buat penduduk lingkabau.

Kita ingin dengarkan keluhan seorang wakil ibu bapa pelajar di SK Lingkabau, bagaimana realiti mereka dalam mengadaptasi kepada normal baharu ini.