Seramai 946 individu ditahan setakat semalam keraa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada jumlah tersebut, 433 individu ditahan di zon merah.<br /><br />Dalam pada itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengadakan 824 sekatan jalan di seluruh negara, dengan pemeriksaan ke atas 603,314 kenderaan setakat Isnin.
