Rakyat perlu terus peka dengan persekitaran masing-masing selain menyalurkan maklumat demi kualiti alam sekitar yang lebih baik.<br /><br />Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yusoff Ishak berkata, ia termasuk norma baharu yang menggunakan inovasi internet serta amalan bekas makanan yang boleh digunakan berulang kali.
