Sebagai menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelbagai usaha telah dilakukan oleh rakyat Malaysia sebagai menzahirkan ucapan terima kasih. <br /><br />Terbaharu, seorang guru Sastera, Teo Wei Sing menghasilkan sebuah sajak bertajuk "Engkaulah Obor Nasionalisme Malaysia" - membawa simbolik besar kepada petugas barisan hadapan.