Mereka yang mahu pulang dari kampung ke ibu kota perlu mendaftarkan diri di aplikasi dalam talian Gerak Malaysia bermula 25 April ini.<br />Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas satu mei depan setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
