Bicara kes saman sivil keluarga Altantuya bersambung Jun dan Ogos<br />Perbicaraan kes saman sivil RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematiannya pada 2006, dijadual diteruskan pada Jun dan Ogos tahun ini.<br />Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, tarikh perbicaraan itu ditetapkan dari 22 hingga 25 Jun dan dari 10 hingga 13 Ogos.
