Badan Kehakiman Negara hari ini mencatatkan sejarah apabila buat pertama kalinya, kes mahkamah rayuan disiarkan secara langsung menerusi dalam talian.<br />Prosiding rayuan yang bermula sekitar pukul 10 pagi itu disiarkan secara langsung di laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan saluran Youtube rasmi Badan Kehakiman Malaysia.
