Walaupun impak COVID-19 memberi kesan negatif dalam pelbagai aspek khususnya ekonomi dan kesihatan namun terdapat beberapa perkara yang bertukar positif.<br /><br />Kalau dahulu hidup tidak tentu arah, beratapkan langit berbantalkan lengan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun kini golongan gelandangan dapat melalui kehidupan yang lebih teratur.
